Symbian Anna


Symbian Anna, originally uploaded by Adi Putra..

Alhamdulillah,setelah sekian lama menanti kini symbian anna telah hadir untuk lebih memantapkan lagi dengan aplikasi-aplikasi terkini selain interface yang cukup menarik dan ditambah dengan peningkatan dari segi typing,searching,internet yang lebih pantas,qwety keybord menegak untuk keselesaan menaip & banyak lagi..

Jadi apa tunggu lagi bagi pemilik-pemilik Nokia E7, N8, C7 jum kemaskini firmware anda sekarang! Ianya mudah,hanya di hujung jari anda..;)

Marhaban Ya Ramadhan


Marhaban Ya Ramadhan, originally uploaded by Adi Putra..

Alhamdulillah,setelah sekian lama ia hilang kini ramadhan muncul lagi untuk mengajar serta memberi ruang dan peluang bagi insan untuk memanfaatkan segala kelebihan selain mendidik agar lebih sabar dalam segala tindak tanduk perilaku harian..

Selamat menunaikan ibadah puasa dan memperbanyakkan amalan serta amal,insya'Allah moga-moga apa yang kita kerjakan mendapat barakah dan pengajaran..

Rindunya Nak Pancing Udang


Rindunya Nak Pancing Udang, originally uploaded by Adi Putra..

Alahai..rindu le plak nak pancing udang, tapi kalau selalu-selalu p nanti penat eden...hehe

Sebenarnya nikmat sebenar bila memancing udang walau pun hanya dikolam tetapi asakan dari udang dan keriuhan kawan-kawan disana yang membuatkan aku lebh tenang dan gembira. Walau pun udang ni tak sehebat udang galah yang bermaustatin didalam sungai,namun sekurang-kurangnya iatdapat menjadi pengubat dengan aktiviti memancing udang.

So,malam ni sebelum p keja nak singgah jap kat kolam tgk kawan-kawan dan otai-otai kolam beraksi. Aku mungkin besok atau lusa baru akan turun beraksi mencuba nasib,la pun tak berapa nak sehat..duk selsema + demam dh nie..

Aktiviti Hari-Hari Cuti


Aktiviti Hari-Hari Cuti, originally uploaded by Adi Putra..

Bila penat bekerja,macam ni la caranya aku merehatkan diri minda dario www sibukkan harian.. Walau kadang-kadang ianya bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan bersama orang lain yang tiada sama minat dengan aku....

Tawa Dalam Tangisan..


Tawa Dalam Tangisan.., originally uploaded by Adi Putra..

Acap kali bila terkenangkan sesuatu yang mana ianya amat menyakitkan dan dalam keadaan sama jua kita terpaksa akur dengan kehendak walau pada hakikatnya amat sukar untuk kita menerima apa yang sedang berlaku dihadapan kita..

Laman Nurani

Tentang Seseorang...

Laman Nurani lahir daripada keluhan hati yang inginkan sesuatu yang mungkin tidak akan dapat terlaksana walau seribu ungkapan yang dizahirkan melalui hati yang sememangnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata...

Dari telefon bimbit tercetus seribu memori yang hanya dapat dinilai dengan keikhlasan hati yang tulus dan sesungguhnya jika ini adalah satu medan untuk aku melahirkan sesuatu yang didorong jauh dari sudut hati nuraniku.....

Teman Tapi Mesra..

Ekspresi Anda Inspirasiku...