BBQ Pulau Aman..


BBQ Pulau Aman.., originally uploaded by Adi Putra..

Acara malam selepas penat memancing...hehehe,ape lagi..bbq larrr,panggang ayamm..memang best skali skala wat aktiviti macam ni bersama kawan-kawan setelah penat bekerja..

Anak-Anak Musang Dijeti Batu Aman

Penantian satu penyiksaan, sementara menunggu bot lepak-lepak dulu cari ketenangan dan menghirup udara pagi.....

Memancing Di Ban Pecah


Memancing Di Ban Pecah, originally uploaded by Adi Putra..

Aktiviti hari cuti tenangkan fikiran,jiwa & raga.. Bersama kakak ngan abg ipar,walau panas terik tapi dengan fikiran yang tak menentu membawa aku ke sini untuk mencari pengalaman dan ketenangan...

Rework Aktivity


Rework Aktivity, originally uploaded by Adi Putra..

Hah! Penat de camnie.. Ni qeja ka main-main? Mau berceqau peluh aihh..

Pertama Kali Memancing Di Tengah Laut

Apa perasaan anda bila pertama kali membelah laut hingga ke tengah sehinggakan tiada apa-apa bagunan yang dapat dilihat melainkan panorama laut.. Cukup mengasyikkan,inilah pengalaman pertama aku. Semoga Allah melindungi perjalanan kami pergi dan pulang...

Latihan Bersepadu D Yayasan Aman,Penanti

Latihan bersepadu asas dan kuncian rotan yang dijalankan khas untuk pembantu jurulatih hinggalah ke jurulatih bersama mengulangkaji bersama agar seni ini tidak dilupakan selain memperkukuhkan ikatan ukhwah dan kekuatan jati diri...

Jalan-Jalan Di Padang Kota Lama

Malam nie aktiviti jalan-jalan bersama kawan-kawan lama sambil menikmati keindahan malam..

Lawatan Ke Gelanggang IPTB


Lawatan Ke Gelanggang IPTB, originally uploaded by Adi Putra..

Hari pertama latihan silat dan teakwando di gym Institut Perguruan Tuanku Bainun,Bukit Mertajam...

Kerapu Pulau Batu


Kerapu Pulau Batu, originally uploaded by Adi Putra..

Ahak! Mancing lagi..dari malam sampai ke subuh ni sambung lagi...

Pari-Pari Jeti Pulau Aman...


Pari-Pari Jeti Pulau Aman..., originally uploaded by Adi Putra..

Tak sia-sia menanti... Itulah kesabaran namanya,puas jugak la bertarung... Hahaha! Pertarungan melawan ikan..

Duri Batu Kawan


Duri Batu Kawan, originally uploaded by Adi Putra..

Bro! Gua dapat ikang,hahahaha...tu la ucapan kepuasan malam minggu..bukan puas pa,tapi puas dengan tangkapan.. Walau tak seberapa,namun sedikit sebanyak ia dapat menggamit semangat dan ketenangan....

Aku Bukan Superman..


Aku Bukan Superman.., originally uploaded by Adi Putra..

Akku bukanlah superman,namun aku superboy..haha, macam lagu le plop.. Terkezut bila terserempak lois & clack di continental... Superhero!

Demo Ditapak Ekspo Seberang Jaya..

Persembahan seni silat pusaka gayong sempena majlis sambutan 2 dekat muslimat bahagian permatang pauh,pulau pinang..

Latihan Silat Gelanggang Bakar Kapor

Aktivi harian dan mingguan kami anak-anak Gayong Pulau Pinang. Biar sakit bagaimana pun,biar teruk macam mana pun..semangat anak-anak muda ini harus diberi pandangan serius moga-moga mereka bakal mewarisi kesinambungan kesenian melayu tua..

Semoga semangat begini akan kekal dan terus terpahat serta bersemadi dengan utuhnya di sanubari mereka.. Kita sebagai penyambung harus sentiasa bersama memberi segala tunjuk ajar sebagai pembakar semangat sepertimana kata-kata keramat yang dipengang hingga kini "tak melayu hilang di dunia.."

Dalam Mencari Arah Tuju Sebenar

Kesinambungan dan kesahehan dari apa yang sering berlaku dalam kehidupan harian kita kadang kala ia mempengaruhi gaya hidup dan tingkah-laku. Namun disebalik pengertian sebenar yang di cari,adakalanya kita sering lupa serta alpa dengan kenikmatan serta kebahagian yang kita miliki..

Mudah-mudahan pada satu masa nanti kita akan mengerti serta dapat berfikir dengan waras akan kenapa dan mengapa ia terjadi..

Aktiviti Melepas Gian!


Aktiviti Melepas Gian!, originally uploaded by Adi Putra..

Aktiviti terkezut! Memancing di tengah pagi bersama rakan-rakan seperjuangan..

Laman Nurani

Tentang Seseorang...

Laman Nurani lahir daripada keluhan hati yang inginkan sesuatu yang mungkin tidak akan dapat terlaksana walau seribu ungkapan yang dizahirkan melalui hati yang sememangnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata...

Dari telefon bimbit tercetus seribu memori yang hanya dapat dinilai dengan keikhlasan hati yang tulus dan sesungguhnya jika ini adalah satu medan untuk aku melahirkan sesuatu yang didorong jauh dari sudut hati nuraniku.....

Teman Tapi Mesra..

Ekspresi Anda Inspirasiku...