Ketenangan Yang Dicari..


Ketenangan Yang Dicari.., originally uploaded by Adi Putra..

Hampir sekian lamanya ku menunggu dan menunggu dalam perjalanan seharian demi sedikit kegembiraan.. Namun bukan mudah bila apa yang kita inginkan dapat kita capai tanpa perlu mengharungi badai halangan..

Setiapa perjalanan ada laluannya, setiap keindahan ada jalan ceritanya..hanya kesabaran,kesungguhan serta usaha yang tidak putus-putus dapat memberi jawapan dalam seribu pencarian....

31 Disember 2010
Monkey Beach @ Teluk Duyung, Taman Negara Pulau Pinang

Berehat Sebentar..


Berehat Sebentar.., originally uploaded by Adi Putra..

Pejam celik pejam celik dah satu minggu dari 4 disember 2010 hingga ke hari ini aku tak dapat bertugas dan melakukan aktiviti-aktiviti lasak.. Cukup mem-boringkan,mana taknya masuk hari ni dah 2 demonstrasi yang patut aku perform terpaksa aku lupakan kerana keadaan tangan yang belum cukup kuat untuk mengengam sebilah parang..

Sedih dan teramat kecewa bilamana melihat kawan-kawan dan anak-didik kami beraksi tanpa iringan aku didalam gelanggang.. Aku hanya mampu berada diluar bersama barisan penonton bagi menyaksikan persembah bermula higga ianya selesai...

Lepak2 Di Kapitan Perda


Lepak2 Di Kapitan Perda, originally uploaded by Adi Putra..

Bila masa cuti-cuti begini antara aktiviti masa lapang yang sering dilakukan salah satunya adalah lepak sambil layan wifi..hahaha,kali ini lokasi kami di restoran kapitan bandar perda..

Bersama-sama aku hari ni adalah sham the playboy dan seorang sahabat..apa kata kita attack!chow... :p

Antara Realiti Dan Keajaiban


Antara Realiti Dan Keajaiban, originally uploaded by Adi Putra..

Sesungguhnya kita harus peka dengan keadaan disekeliling dan bertanya kenapa dan mengapa kita berada di sini,apa sebabnya kita yang patut melalui semua ini dan siapa yang sebenarnya patut kita harapkan? Tepuk dada tanyalah pada diri sendiri..

Namun kadang kala kita alpa akan kebenaran dan keadaan sebenar yang seharusnya kita terima dengan hati terbuka walau pun ia amat pahit untuk ditelan tetapi ianya adalah kebenaran yang sukar untuk kita alihkan..

XPDC Ke Monkey Beach


XPDC Ke Monkey Beach, originally uploaded by Adi Putra..

Menikmati keindahan semulajadi di Taman Negara Pulau Pinang 30 Oktober 2010 dan berakhir 31 Oktober 2010. Aktiviti ini dijalankan bagi mengisi masa lapang setelah penat bekerja seharian,kini tiba masanya riadah seperti ini digunakan bagi bersama melihat dan menikmati ciptaan yang Maha Esa..

Jogging Petang Bersama Sang Bedal!

Alhamdulillah,sejak tinggal satu minggu tak boleh ke mengkuang untuk bersenam dan beriadah sambil menikmati keindahan alam semulajadi..

Kali ini aku bersama seorang kawan yang femiliar dengan jolokan nama manjanya "Sang Bedal" @ Buaya.. Hehehe, tapi apa-apa pun dia baik sebenarnya,cuma kekadang terkeliru dengan kehendak dan kemahuan diri...

Erti Sebuah Penghargaan..


Erti Sebuah Penghargaan.., originally uploaded by Adi Putra..

Dalam melayari badai yang kian menghempas pantai membuatkan hidupku kadang kala berubah seperti pohon yang tidak bertuan.. Begitulah antara gambaran dan perantaraan yang mampu aku berikan untuk aku cuba menenangkan jiwa dan perasaan yang sedang parah dicederakan...

Mencari Ketenangan


Mencari Ketenangan, originally uploaded by Adi Putra..

Mencari ketenangan di bawah jambatan pulau pinang smbil memancing..

Kepulangan Ke Tanjung Malim


Kepulangan Ke Tanjung Malim, originally uploaded by Adi Putra..

Dan akhirnya setelah penantian selama 3hari akhirnya aku kembali ke tanjung malim,walau pun episod kali ini hanya untuk sehari namun sinar keceriaan penuh harapan terpapar di raut wajah pilu yang kadang kala tidak dapat disorok lg...

Keintiman Adik & Abang..


Keintiman Adik & Abang.., originally uploaded by Adi Putra..

Setelah sekian lama terpisah akhirnya dengan berkat usaha yang dan harapan yang tinggi pasangan adik abg ini dapat ditemukn.. Tengoklah keintiman dan keagrapan mereka, memang sukar digambarkan dengan kata-kata... Mudah-mudahan pertemuan ini akan terus berkekalan hingga akhir hayat...aminn

Bertafakul Atau Bertakaful..?


Bertafakul Atau Bertakaful..?, originally uploaded by Adi Putra..

Bila dah jiwa kacau ikan plak takmau makan,ni la jadinya..sengketa membawa padah..

Dalam Mencari Erti Kehidupan


Dalam Mencari Erti Kehidupan, originally uploaded by Adi Putra..

Bila memikirkan apa yang sering dan kerapkali terjadi antara sedar dan tidak ianya saling berkait rapat diantara satu dengan yang lain yang mana ia dapat mengubah pesepsi dan tingkah laku serta menjadikan aku bagaikan hidup tanpa arah tuju yang sebenar..

Sesungguhnya jika difikirkan apa yang berlaku mungkin akan muncul perkataan "Ada Hikmah Di Sebalik Kejadian" tapi bagaimana pula jika ianya sering berulang-ulang dan apakah maksud tersirat disebaliknya yang patut aku fahami? Adakah ianya satu takdir yang akan terus dan terus terjadi selagi aku bernafas? Mungkinkah ini sering terjadi..

Aku tak ingin dia menangis untukku namun aku juga sudah penat menagis untuk kebahagiaan orang lain tapi apakan daya kadang kala semuanya ini terjadi di luar kawalan dan yang amat ditakuti..

Tapi jika kita yakin bahawa manusia akan senangtiasa di uji dan akan terus di uji selagi kita berada di sesuatu landasan ianya takkan dapat kita rongkai dengan badai dan ranjau kehidupan yang semakin hari semakin sukar untuk dilalui..

Mungkin jika dilihat dari pandangan kasar seseorang tidak dapat mentafsir erti sebenar pengharapan yang murni demi mengubati luka-luka kehidupan dengan memberi setitik penawar yang membawa kepada kebahagiaan.. Memang senang untuk mengucapkan perkataan maaf tapi sedarkah akan kita setiap perkataan maaf yang dilahirkan tanpa iringan kekuatan yang jitu tidak akan membawa sebarang makna selain penyiksaan...

Mudah-mudahan Allah akan tunjukkan daku jalan sebenar, menghilangkan kabus yang mengaburi mata, memberi suntikan semangat dari satu pengorbanan yang takkan mungkin difahami orang lain.. Walau sebesar zarah sekalipun air mata yang mengalir jika ia dihalusi akan membawa seribu cerita yang tak dapat di pentaskan dengan kata-kata......

Breakfast Dibawah Jambatan P.Pinang

Agak-agak la bro... Masak meggi tue...gua dah lapaq nie,order pizza pun tak sampai-sampai.. Aduiii..apa lagi,jum la melantak sama-sama...ada bran? Cam camping le plok asenye..hehe,mkn duluue....

Memancing Bersama Encik Jamil


Memancing Bersama Encik Jamil, originally uploaded by Adi Putra..

Aktiviti riadah hujung minggu, memancing di tasek mengkuang dam, berapit bukit mertajam..

Rombongan IPTB Ke Gelanggang Pusat,Gurun

Balik ja dari terengganu mai pulak ke gurun bawak anak-anak iptb lawatan dan perlimau Gayong..

Trip To Terenganu


Trip To Terenganu, originally uploaded by Adi Putra..

Alhamdulillah akhirnya sampai juga aku di terenganu tuk cuba belajar memancing bersama-sama kawan-kawan continental.. Walau pun agak gugup dengan cabaran namun dengan semangat kawan-kawan serta minat dengan aktiviti memancing aku sampai jua disini....

Aktiviti Sosial Dipagi Hari


Aktiviti Sosial Dipagi Hari, originally uploaded by Adi Putra..

Bila dah tkdak kerja ni la kerja yang dicarinya.. Dah jadi macam keperluan wajib dah,tapi mungkin atau tak mustahil ada yang dicari dan dikehendaki dalam keadaan samar dan separuh sedar..renung-renungkanlah

Selamat Pagi Proton


Selamat Pagi Proton, originally uploaded by Adi Putra..

Tenang dan damai lagi indah,mungkin itu yang dapat aku gambar serta kongsikan bersama antara pengalaman di proton tanjung malim

Re-Flashing Activity


Re-Flashing Activity, originally uploaded by Adi Putra..

New software,new cording n new system upgrading for persona elegance.. Lagi 2 minggu berkampung di Proton Tanjung Malim..

Lepak Di Lobi Hotel


Lepak Di Lobi Hotel, originally uploaded by Adi Putra..

Ari ni keja malam,so petang-petang camni lepak loby je la sambil layan wifi..

Lagi Memancing dibawah Jambatan P.Pinang

Acara melepaskan ketagihan...hehehe

Lagi Mancing Bawah Jambatan


Lagi Mancing Bawah Jambatan, originally uploaded by Adi Putra..

Lagi-lagi memancing di bawah jambatan pulau pinang..dah jadi macam aktiviti minggguan la pulak.. Hehehe..apa-apa pun aku tenang disini sambil menanti ikan menyambar umpan boleh la melayan jiwa yang dah macam tak berapa nak betoi nie..

Lunch at Mc'D Rawang


Lunch at Mc'D Rawang, originally uploaded by Adi Putra..

Makan tengahari bersama bro Jamil di Mc'D Rawang. Setelah penat berjuang untuk syarikat,waktu-waktu rehat sebegini sempat dihabiskan di mc'd..hahaha,skali skala takpa kot noo.. Aqi-aqi mau pokai den...

new product..


new product.., originally uploaded by Adi Putra..

Hahaha..sempoi tak entri kali nie,satu lagi mesin yang baru dibeli malam tadi tuk aktiviti hobi dan riadah aku yang semakin hari semakin menggila.. Produk dari daiwa model regal 3500-5iA dengan 5 ball bearing tak la mahal sangat tapi cukup untuk aku yang baru-baru berjinak-jinak dengan dunia pancingan neh,agak-agak berapa harganya? Talinya saja 200meter RM115,hehe..memang gila tul...

Lepak2 Bawah Jambatan Pulau Pinang..

Agak tenang bila buat pertama kalinya aku sampai disini yang mana ia adalah pengalaman pertama aku.. Memang tenang dan indah pemandangan disini.. Nanti leh mai lg,sambil-sambil tenangkan fikiran boleh memancing skali,package tue...

Mesyuarat Agong PSSPGM Kali Ke-23

Seminar & Mesyuarat Agong PSSPGM kali yang ke 23 bertempat di Pantai Merdeka Beach Resort, alhamdulillah akhirnya berjaya dan sampai juga disini aku dari tanjung malim ke penang.

Berehat Sebentar...


Berehat Sebentar..., originally uploaded by Adi Putra..

Alhamdulillah,setelah sebulan di tanjung malim sempat juga kami melepaskan lelah dengan menaiki genting skyway,genting highland..

Aku Masih Disini..


Aku Masih Disini.., originally uploaded by Adi Putra..

Permulaan yang indah petang ini adalah sesuatu yang amat mempersona kena dengan keadaan aku sekarang di padang tempat letak kereta proton persona..

Petang Di Proton


Petang Di Proton, originally uploaded by Adi Putra..

Petang-petang di proton tanjung malim, ari ni start kerja 6ptg sampai 12mlm.. Mudah-mudahan dapatlah target dengan berbekalkan 4biji laptop..

Minggu Ke-3 Di Proton Tg.Malim

Sedar tak sedar 3 minggu kami berkampung di proton tanjung malim nie.. Walau pun penat tapi kami tetap gembira dek keramahan dan kerjasama diantara kami. Alhamdulillah segala penat lelah dikongsi bersama walau ada sesetengah yang sememangnya tak pernah faham dan mengerti erti kerja berpasukan... Mudah-mudahan ada perubahan dalam masa terdekat ini..

Mandi Manda Di Kalumpang


Mandi Manda Di Kalumpang, originally uploaded by Adi Putra..

Setelah seharian bertungkus lumur bekerja dan sedikit masa terluang digunakan sepenuhnya untuk menyegarkan badan dengan mandi air terjun bersama-sama dengan grop proton.

Dan Akhirnya...


Dan Akhirnya..., originally uploaded by Adi Putra..

Ermmmmm... Akhirnya tiba jua aku ke tanah kelahiran setelah 2minggu meninggalkannya..rindu yang teramat sangat pada keluarga dan kawan-kawan. Tapi entah balik ni pun mungkin sekejap je dan akan kembali ke Tanjung Malim semula..berjuang demi conti

Gaya Anak-Anak Dugong Conti & Proton

Gaya dan aksi separuh lucah dari anak-anak dugong Continental dan Proton Shah Alam beraksi di Kalumpang setelah penat bertungkus lumus berjuang meng re-flesh ecu di Proton Tanjung Malim..saksikann

Live At Indra Subang Condominium

Siaran terlansung,dari hotel ke kondo milik syarikat Continental di USJ6,lepak-lepak sambil menenangkan fikiran... Sok nak berjuang lagi,ermmm...waduh-waduh, bisa aja kok..!

Stay Tune lg kat Proton Tanjung Malim

Teruskan perjuangan.. Demi continental,hahaha..lawak tul,tapi dah seminggu disini cam best plak.. Apa pendapat anda tentang Persona baru nie?

Continue Re-Fresh Proton Persona E

Masih di Proton Tanjung Malim bersama-sama dengan staff dari Proton Shah Alam bertungkus lumus untuk re-flesh ECU di dalam kereta keluaran terbaru Proton Tanjung Malim,Proton Persona Enhasment..

Gaya Bangla Di Proton Tg.Malim

Demi continental,sekumpulan specialist sanggup berbumbungkan panas terik di tengah2 lapangan sebagai tanda sokögan utk persona enhacement.

Jom Ronda Bersama Proton


Jom Ronda Bersama Proton, originally uploaded by Adi Putra..

Jom ronda bersama proton exora..hahaha,jangan jelez cik luth.. Out-station penang shah alam tanjung malim satu minggu..

Perjalanan Pulang


Perjalanan Pulang, originally uploaded by Adi Putra..

Fuh! Selesai sudah,training kali ini memang cukup menarik bukan setakat pelajaran yang dapat ditimba tetapi cukup untuk menjadi kenangan terindah bersama kawan-kawan dari pelbagai level dan tenaga pengajar yang cukup sporting...

Hari Kedua Training


Hari Kedua Training, originally uploaded by Adi Putra..

Training At Copthorne Hotel


Training At Copthorne Hotel, originally uploaded by Adi Putra..

Pagi pertama training membina pasukan cemerlang.... Tenang dan damai

Pertandingan Memancing 1 Malaysia

Disinilah para pengemar dan kaki-kaki pancing beradu nasib dan kecekapan bagi menjinakkan spesis ikan yang terdapat di pantai ban pecah ini.. Semoga hari ini dapat memberikan aku pengalaman dan dikurniakan rezeki,insya'Allah..

New Persona Meter


New Persona Meter, originally uploaded by Adi Putra..

Meter baru sudah pasti keretanya pun baru juga kan? Tapi,apa yang baru? Mungkin aksesorinya dan tambahan-tambahan untuk lebih menarik para pengemar Proton Persona.. Apa yang dapat disimpulkan disini jika di bandingkan dengan meter Persona 1st model dan Persona SE,ini adalah yang paling cantik lagi menarik pandangan mata... Apa-apa pun, bersama-samalah kita sebagai rakyat Malaysia memberi sokongan kepada kereta nasional yang menjadi kebanggaan negara ini.. Syabas Proton!

memancing di RnR bagan ajam


memancing di RnR bagan ajam, originally uploaded by Adi Putra..

Petang-petang boring + tak toqah..mai lepak sambil memancing di RnR bagan ajam..leh tenangkan diri ckit sambil tengok ombak menghempas pantai..

BBQ Pulau Aman..


BBQ Pulau Aman.., originally uploaded by Adi Putra..

Acara malam selepas penat memancing...hehehe,ape lagi..bbq larrr,panggang ayamm..memang best skali skala wat aktiviti macam ni bersama kawan-kawan setelah penat bekerja..

Anak-Anak Musang Dijeti Batu Aman

Penantian satu penyiksaan, sementara menunggu bot lepak-lepak dulu cari ketenangan dan menghirup udara pagi.....

Memancing Di Ban Pecah


Memancing Di Ban Pecah, originally uploaded by Adi Putra..

Aktiviti hari cuti tenangkan fikiran,jiwa & raga.. Bersama kakak ngan abg ipar,walau panas terik tapi dengan fikiran yang tak menentu membawa aku ke sini untuk mencari pengalaman dan ketenangan...

Rework Aktivity


Rework Aktivity, originally uploaded by Adi Putra..

Hah! Penat de camnie.. Ni qeja ka main-main? Mau berceqau peluh aihh..

Pertama Kali Memancing Di Tengah Laut

Apa perasaan anda bila pertama kali membelah laut hingga ke tengah sehinggakan tiada apa-apa bagunan yang dapat dilihat melainkan panorama laut.. Cukup mengasyikkan,inilah pengalaman pertama aku. Semoga Allah melindungi perjalanan kami pergi dan pulang...

Latihan Bersepadu D Yayasan Aman,Penanti

Latihan bersepadu asas dan kuncian rotan yang dijalankan khas untuk pembantu jurulatih hinggalah ke jurulatih bersama mengulangkaji bersama agar seni ini tidak dilupakan selain memperkukuhkan ikatan ukhwah dan kekuatan jati diri...

Laman Nurani

Tentang Seseorang...

Laman Nurani lahir daripada keluhan hati yang inginkan sesuatu yang mungkin tidak akan dapat terlaksana walau seribu ungkapan yang dizahirkan melalui hati yang sememangnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata...

Dari telefon bimbit tercetus seribu memori yang hanya dapat dinilai dengan keikhlasan hati yang tulus dan sesungguhnya jika ini adalah satu medan untuk aku melahirkan sesuatu yang didorong jauh dari sudut hati nuraniku.....

Teman Tapi Mesra..

Ekspresi Anda Inspirasiku...