Ketenangan Yang Dicari..


Ketenangan Yang Dicari.., originally uploaded by Adi Putra..

Hampir sekian lamanya ku menunggu dan menunggu dalam perjalanan seharian demi sedikit kegembiraan.. Namun bukan mudah bila apa yang kita inginkan dapat kita capai tanpa perlu mengharungi badai halangan..

Setiapa perjalanan ada laluannya, setiap keindahan ada jalan ceritanya..hanya kesabaran,kesungguhan serta usaha yang tidak putus-putus dapat memberi jawapan dalam seribu pencarian....

31 Disember 2010
Monkey Beach @ Teluk Duyung, Taman Negara Pulau Pinang

Berehat Sebentar..


Berehat Sebentar.., originally uploaded by Adi Putra..

Pejam celik pejam celik dah satu minggu dari 4 disember 2010 hingga ke hari ini aku tak dapat bertugas dan melakukan aktiviti-aktiviti lasak.. Cukup mem-boringkan,mana taknya masuk hari ni dah 2 demonstrasi yang patut aku perform terpaksa aku lupakan kerana keadaan tangan yang belum cukup kuat untuk mengengam sebilah parang..

Sedih dan teramat kecewa bilamana melihat kawan-kawan dan anak-didik kami beraksi tanpa iringan aku didalam gelanggang.. Aku hanya mampu berada diluar bersama barisan penonton bagi menyaksikan persembah bermula higga ianya selesai...

Laman Nurani

Tentang Seseorang...

Laman Nurani lahir daripada keluhan hati yang inginkan sesuatu yang mungkin tidak akan dapat terlaksana walau seribu ungkapan yang dizahirkan melalui hati yang sememangnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata...

Dari telefon bimbit tercetus seribu memori yang hanya dapat dinilai dengan keikhlasan hati yang tulus dan sesungguhnya jika ini adalah satu medan untuk aku melahirkan sesuatu yang didorong jauh dari sudut hati nuraniku.....

Teman Tapi Mesra..

Ekspresi Anda Inspirasiku...