Keintiman Adik & Abang..


Keintiman Adik & Abang.., originally uploaded by Adi Putra..

Setelah sekian lama terpisah akhirnya dengan berkat usaha yang dan harapan yang tinggi pasangan adik abg ini dapat ditemukn.. Tengoklah keintiman dan keagrapan mereka, memang sukar digambarkan dengan kata-kata... Mudah-mudahan pertemuan ini akan terus berkekalan hingga akhir hayat...aminn

Bertafakul Atau Bertakaful..?


Bertafakul Atau Bertakaful..?, originally uploaded by Adi Putra..

Bila dah jiwa kacau ikan plak takmau makan,ni la jadinya..sengketa membawa padah..

Dalam Mencari Erti Kehidupan


Dalam Mencari Erti Kehidupan, originally uploaded by Adi Putra..

Bila memikirkan apa yang sering dan kerapkali terjadi antara sedar dan tidak ianya saling berkait rapat diantara satu dengan yang lain yang mana ia dapat mengubah pesepsi dan tingkah laku serta menjadikan aku bagaikan hidup tanpa arah tuju yang sebenar..

Sesungguhnya jika difikirkan apa yang berlaku mungkin akan muncul perkataan "Ada Hikmah Di Sebalik Kejadian" tapi bagaimana pula jika ianya sering berulang-ulang dan apakah maksud tersirat disebaliknya yang patut aku fahami? Adakah ianya satu takdir yang akan terus dan terus terjadi selagi aku bernafas? Mungkinkah ini sering terjadi..

Aku tak ingin dia menangis untukku namun aku juga sudah penat menagis untuk kebahagiaan orang lain tapi apakan daya kadang kala semuanya ini terjadi di luar kawalan dan yang amat ditakuti..

Tapi jika kita yakin bahawa manusia akan senangtiasa di uji dan akan terus di uji selagi kita berada di sesuatu landasan ianya takkan dapat kita rongkai dengan badai dan ranjau kehidupan yang semakin hari semakin sukar untuk dilalui..

Mungkin jika dilihat dari pandangan kasar seseorang tidak dapat mentafsir erti sebenar pengharapan yang murni demi mengubati luka-luka kehidupan dengan memberi setitik penawar yang membawa kepada kebahagiaan.. Memang senang untuk mengucapkan perkataan maaf tapi sedarkah akan kita setiap perkataan maaf yang dilahirkan tanpa iringan kekuatan yang jitu tidak akan membawa sebarang makna selain penyiksaan...

Mudah-mudahan Allah akan tunjukkan daku jalan sebenar, menghilangkan kabus yang mengaburi mata, memberi suntikan semangat dari satu pengorbanan yang takkan mungkin difahami orang lain.. Walau sebesar zarah sekalipun air mata yang mengalir jika ia dihalusi akan membawa seribu cerita yang tak dapat di pentaskan dengan kata-kata......

Breakfast Dibawah Jambatan P.Pinang

Agak-agak la bro... Masak meggi tue...gua dah lapaq nie,order pizza pun tak sampai-sampai.. Aduiii..apa lagi,jum la melantak sama-sama...ada bran? Cam camping le plok asenye..hehe,mkn duluue....

Memancing Bersama Encik Jamil


Memancing Bersama Encik Jamil, originally uploaded by Adi Putra..

Aktiviti riadah hujung minggu, memancing di tasek mengkuang dam, berapit bukit mertajam..

Rombongan IPTB Ke Gelanggang Pusat,Gurun

Balik ja dari terengganu mai pulak ke gurun bawak anak-anak iptb lawatan dan perlimau Gayong..

Trip To Terenganu


Trip To Terenganu, originally uploaded by Adi Putra..

Alhamdulillah akhirnya sampai juga aku di terenganu tuk cuba belajar memancing bersama-sama kawan-kawan continental.. Walau pun agak gugup dengan cabaran namun dengan semangat kawan-kawan serta minat dengan aktiviti memancing aku sampai jua disini....

Laman Nurani

Tentang Seseorang...

Laman Nurani lahir daripada keluhan hati yang inginkan sesuatu yang mungkin tidak akan dapat terlaksana walau seribu ungkapan yang dizahirkan melalui hati yang sememangnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata...

Dari telefon bimbit tercetus seribu memori yang hanya dapat dinilai dengan keikhlasan hati yang tulus dan sesungguhnya jika ini adalah satu medan untuk aku melahirkan sesuatu yang didorong jauh dari sudut hati nuraniku.....

Teman Tapi Mesra..

Ekspresi Anda Inspirasiku...