Acap kali bila terkenangkan sesuatu yang mana ianya amat menyakitkan dan dalam keadaan sama jua kita terpaksa akur dengan kehendak walau pada hakikatnya amat sukar untuk kita menerima apa yang sedang berlaku dihadapan kita..
Acap kali bila terkenangkan sesuatu yang mana ianya amat menyakitkan dan dalam keadaan sama jua kita terpaksa akur dengan kehendak walau pada hakikatnya amat sukar untuk kita menerima apa yang sedang berlaku dihadapan kita..
Hampir sekian lamanya ku menunggu dan menunggu dalam perjalanan seharian demi sedikit kegembiraan.. Namun bukan mudah bila apa yang kita inginkan dapat kita capai tanpa perlu mengharungi badai halangan..
Setiapa perjalanan ada laluannya, setiap keindahan ada jalan ceritanya..hanya kesabaran,kesungguhan serta usaha yang tidak putus-putus dapat memberi jawapan dalam seribu pencarian....
31 Disember 2010
Monkey Beach @ Teluk Duyung, Taman Negara Pulau Pinang
Pejam celik pejam celik dah satu minggu dari 4 disember 2010 hingga ke hari ini aku tak dapat bertugas dan melakukan aktiviti-aktiviti lasak.. Cukup mem-boringkan,mana taknya masuk hari ni dah 2 demonstrasi yang patut aku perform terpaksa aku lupakan kerana keadaan tangan yang belum cukup kuat untuk mengengam sebilah parang..
Sedih dan teramat kecewa bilamana melihat kawan-kawan dan anak-didik kami beraksi tanpa iringan aku didalam gelanggang.. Aku hanya mampu berada diluar bersama barisan penonton bagi menyaksikan persembah bermula higga ianya selesai...
Bila masa cuti-cuti begini antara aktiviti masa lapang yang sering dilakukan salah satunya adalah lepak sambil layan wifi..hahaha,kali ini lokasi kami di restoran kapitan bandar perda..
Bersama-sama aku hari ni adalah sham the playboy dan seorang sahabat..apa kata kita attack!chow... :p
Sesungguhnya kita harus peka dengan keadaan disekeliling dan bertanya kenapa dan mengapa kita berada di sini,apa sebabnya kita yang patut melalui semua ini dan siapa yang sebenarnya patut kita harapkan? Tepuk dada tanyalah pada diri sendiri..
Namun kadang kala kita alpa akan kebenaran dan keadaan sebenar yang seharusnya kita terima dengan hati terbuka walau pun ia amat pahit untuk ditelan tetapi ianya adalah kebenaran yang sukar untuk kita alihkan..
Copyright 2009 - My Live Blog!
Theme designed by: Raycreations.net, Ray Hosting Tested by Blogger Styles